>

Thursday 30 July 2015

Jenis-jenis Dadah Dan Kesannya.

      Hai! Kali ini Sya nak cerita tentang kesan penggunaan dadah. Dadah boleh terdapat dalam pelbagai jenis, bentuk dan warna. Ada juga dadah yang diletakkan dalam kandungan makanan! Jadi Sya mahu nasihatkan, hati-hati sedikit dalam pemilihan makanan. Setiap kali mahu beli makanan, baca dan lihat labelnya terlebih dahulu ya!

       Dadah sememangnya tersangatlah bahaya. Terdapat pelbagai jenis dadah iaitu Heroin, Morfin, Candu dan bermacam lagi. Setiap jenis dadah mempunyai bahayanya yang tersendiri, dan adakalanya boleh membawa maut. Marilah kita lihat senarai jenis dan kesan penggunaan dadah di bawah ini:


Heroin

Definasi:
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin.

Nama lain:
  • Big H
  • Dope
  • Smack
  • TNT

Cara penggunaan:
  • Menyuntik
  • Menghidu

Ciri-ciri penagih:
  • Mata dan hidung berair.
  • Mengantuk.
  • Mudah marah dan resah.
  • Pertuturan tidak jelas.
  • Cemas.
  • Takut.
  • Sunggul.



Morfin

Definasi:
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah. Morfin mentah didapati dalam bentuk blog yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda '999'. Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1. Bes morfin diperoleh secara langsung dari candu dan mengandungi peratus morfinnya 60% - 70%. Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi. Pil morfin mengandungi morfin Sulffat. Berwarna putih atau coklat pucat.

Nama lain:
  • M. Tab
  • White Sulfat
  • Monkey
  • Dreamer
  • Morphan

Cara penggunaan:
  • Menyuntik
  • Menelan

Ciri-ciri penagih:
  • Hilang selera makan.
  • Tindak balas lambat.
  • Kecacatan keseimbangan.
  • Pertuturan tidak jelas.
  • Sembelit.
  • Halusinasi.
  • Mengantuk.
  • Cemas.



Candu

Definasi:
Dihasilkan daripada buah popi muda. Candu mentah ialah getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda.Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat apabila terdedah. Candu masak ialah candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Ianya berwarna coklat hitam. Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.

Nama lain:
  • Shollboy
  • Black Stuff
  • Opium
  • Mandat
  • Pen Yeh
  • "O"
  • Tar

Cara penggunaan:
  • Menyuntik
  • Menelan

Ciri-ciri penagih:
  • Pernafasan perlahan.
  • Rasa pening dan keliru.
  • Mual dan muntah-muntah.
  • Cirit-birit.
  • Hilang selera makan.
  • Sunggul.



Ganja

Definasi:
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC      ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang menghayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.

Nama lain:
  • Grass
  • Pot
  • Marijuana
  • Weed

Cara penggunaan:
  • Menghisap

Ciri-ciri penagih:
  • Sering mengantuk/mata merah.
  • kegembiraan dan terlalu cergas/ketawa.
  • Mudah marah dan resah.
  • Cemas/takut/hilang pedoman.
  • Kuat cakap dan kuat makan.
  • Kecacatan perimbangan.
  • Yuforia dan sunggul.



Syabu

Definasi:
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak ada apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang peling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.

Nama lain:
  • Ice

Cara penggunaan:
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu.

Ciri-ciri penagih:
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Bertenaga dan cergas.
  • Boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur.
  • Tingkah laku agresif.
  • Tindak balas terlalu cepat.
  • Mata dan hidung berair.
  • mual dan muntah-muntah.
  • Hilang selera makan.



Ecstacy/MDMA

Definasi:
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4 methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam. MDMA juga adalah dadah psychoactive.

Nama lain:
  • Pil khayal
  • Pil goyang kepala
  • YAMA
  • YABA

Cara penggunaan:
  • Menelan.
  • Campur dalam minuman.

Ciri-ciri penagih:
  • Gembira dan terlalu cergas.
  • Berpeluh berlebihan.
  • Kuat bercakap.
  • Boleh melayan muzik yang kuat dan goyang kepala.
  • Tindak balas terlalu cepat.
  • Hilang selera makan.
  • Mudah marah dan resah.
  • Halusinasi.
  • Cemas dan takut.
  • Mulut kering.
  • Tidak boleh tidur.



Ketamin

Definasi:
Sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves.

Nama lain:
  • "K"
  • Special K
  • Vitamin K
  • Kit Kat

Cara penggunaan:
  • Dihisap melalui hidung.
  • Campur dalam minuman.

Ciri-ciri penagih:
  • Berada di bawah kesedaran yang rendah.
  • Mengubah deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehingga kurang sedar tentang masa dan identiti diri.
  • Boleh bertindak ganas.
  • Hilang keseimbangan badan.
  • Mual dan muntah-muntah.

      







Sunday 26 July 2015

Hai Semua!

      Assalamualaikum semua! Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik, sihat walafiat dan aman sejahtera di samping keluarga tercinta.
      
      Tarikh blog ini dibina ialah pada 26.7.2015. Memandangkan hari ini hari pertama saya membuat blog, mari saya perkenalkan diri saya dahulu.

Biodata Diri

Nama: Hannan Batrisyia Binti Ghazali.

Nama panggilan: Sya/ Isyia.

Umur: 12 tahun.

T.lahir: 16.10.2004.

Tempat lahir: Hospital Kota Tinggi.

Nama ibu: Noor Hamimah Binti Khamis.

Nama bapa: Ghazali Bin Isahak.

Nama adik: Haris Uqail Bin Ghazali.

E-mail: hannanghazali@gmail.com.

Hobi: Membaca.

Cita-cita: Saintis.

Kawan baik: Wani Afrina & Syafina.

E-mail kawan baik: waniafrina@gmail.com.


( Jika ada kelapangan, silalah berkunjung ke blog ini selalu:D)