>

Thursday 24 September 2015

Tip Mendapatkan Ramai Follower

      Sya baru je lepas singgah blog Kak Lyssa Faizureen. Dalam blog beliau, ada satu entri yang bertajuk "Cara Mendapatkan Follower Beriban". Jadi, apa salahnya kalau Sya nak kongsikan kat korangkan? Hehehe :D


Tip Mendapat Ramai Follower

1. Rajin-rajinlah ber-blogwalking ke blog orang lain

Eh, blogwalking tu apa? Kalaulah ada orang sebut blogwalking, janganlah pulak korang kerut-kerut dahi, buat muka macam tak pernah dengar. Buruk rupanya. Kalau korang nak tau, blogwalking ialah berjalan-jalan, bersiar-siar dan menziarahi blog orang lain. Tapi jangan pulak korang tinggalkan macam tu je! Rajin-rajinlah tinggalkan komen dan menjejakkan kaki ke dalam shoutbox diorang. Blogger yang baik hati mesti akan melawat blog korang pulak :)

2. Alang-alang dah singgah tu, follow je terus!

Betullah tu. Alang-alang dah singgah blog diorang, follow je terus! Pasti ramai blogger yang happy dengan tindakan diorang tu. Pada setiap hari, Sya akan follow blog yang Sya belum follow. Kalau kita dah follow blog orang tu, kita tinggalkan komen, " SAYA DAH FOLLOW AWAK". Mesti diorang akan follow kita balik :D

3. Tinggalkan komen yang membina dalam entri bloggers lain

Cara ni mungkin dapat membantu. Kalau korang ada singgah satu blog, mestilah korang ada baca entri yang diorang post, kan? Tak kisahlah baca sampai habis ke tak, tu tak penting. Tapi janganlah malas sangat nak komen entry diorang. Tulis satu ayat pendek atau cakap "hi" pun okeyla. Asalkan jangan malas tinggalkan komen, ok?

4. Post entri yang MENARIK dan yang orang TERTARIK

Ni yang paling penting tau! Entri yang menarik dan mudah difahami akan membuatkan ramai bloggers di luar sana tertarik untuk follow kita. Gaya bahasa pula mesti yang santai, tapi berinformasi. Selain mendapat ramai follower, kita boleh berkongsi ilmu pengetahuan atau pengalaman. Barulah best! Paling penting, kita mesti menggunakan ayat kita yang tersendiri. Barulah boleh jadi kreatif!

5.Letakkan widget follower di bahagian atas sidebar/atas header

Ni pun penting jugak tau! Yela, sebab kita pun tak tau manusia jenis apalah yang singgah kat blog kita tu. Entah-entah jenis yang pemalas macam Sya. Memang takkan scroll ke bawah sebab nak cari widget follow. Lainlah kalau orang yang rajin mencari widget follow tu. Peminat setialah katakan! Tu pun kalau ada orang yang sudi. Jadi, sebagai langkah selamat, kita mestilah letak widget follow tu kat atas, biar senang orang nak cari! :P





Monday 21 September 2015

Lawatan Ke Kuala Lumpur

      Dengar macam biasa -biasa je kan? Sebenarnya lawatan ni sekolah Sya yang anjurkan. Kitorang akan menginap kat sana selama 2 hari 1 malam, iaitu 1 dan 2 Oktober. Bukannya Sya tak pernah pergi KL, dah selalu sangat dah. Sya beria-ia sangat nak pergi sebab sesekali nak juga berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Ye tak?

      Antara destinasi yang nak dilawati ialah:

  • Menara KLCC (Dah selalu sangat pergi).
  • Menara Kuala Lumpur (Dah banyak kali pergi).
  • Aquaria (Dah naik loya dengar perkataan tu).
  • Muzium coklat (Haa... Yang ni pernah tengok je).

      (Tu jelah yang Sya ingat. Kalau ada tempat lain, nanti Sya akan        bagitau korang).

      Tak sabarnya nak pergi! Kalau ada masa, Sya akan post semua gambar-gambar yang Sya ambil masa kat sana. Itu pun kalau dibenarkan bawa handphone. Doakan Sya selamat sampai dan selamat pulang! :)
            

Thursday 17 September 2015

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

      Yeay!!!!! Sya berjaya! Sya berjaya memenangi pertandingan sajak tu! Cuba teka, Sya dapat nombor berapa? Ya, Sya dapat nombor 1! Sebenarnya Sya ada juga menang dalam pertandingan lain. Sya menang pertandingan sajak tadi, melukis logo, melukis bendera dan kuiz kemerdekaan. Sajak Sya johan, melukis logo  johan, melukis bendera pun johan. Cuma kuiz kemerdekaan je yang Sya dapat nombor 3. :(

      Acara yang mula-mula sekali adalah senamrobik. Fuh, memang mencabar! Pergerakannya rumit dan memeningkan! Masa tu, habis berterabur semua pergerakan.Masa tu juga kitorang ketawa. Haha... Apapun, kitorang tetap seronok! :D

      Acara yang kedua adalah pertandingan mendeklamasikan sajak. Mula-mula, Sya dengan peserta-peserta lain kena cabut undi dulu. Masa Sya nak ambik undi, rasanya macam nak tercabut lutut. Akhirnya, Sya mendapat giliran yang kelima. Nasib baik!

      Bila tiba giliran Sya, gementarnya hanya Allah yang tau. Tapi, alhamdulillah Sya dapat deklamasikan sajak dengan baik. Bila dah turun dari pentas, segala rasa cemas dan gementar beransur-ansur hilang. Rasanya macam baru terlepas dari hukuman gantung!

      Acara yang ketiga, adalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton tetapi perkara yang paling digeruni oleh para peserta. Acara itu ialah.....Pertandingan pakaian beragam!

      Sya kata ia ditakuti sebab nanti semua peserta kena catwalk kat atas pentas! Oh tidak! Tapi Sya rasa Sya tak perlu cerita banyak-banyak sebab Sya tak menang dalam pertandingan tu. :(

      Itulah antara pengalaman pahit dan manis semasa program itu berlangsung. Whatever, itulah hari yang paling seronok Sya pernah rasa!

Tuesday 15 September 2015

Perubahan Mendadak Pada Blog

      Mesti ada yang terkejut sebab ada perubahan mendadak pada blog Sya. Dulu template Sya cuma simple je, juga tiada hiasan lain. Oh, memang boring! Nak tau tak macam mana Sya tiba-tiba dapat ilham pulak nak hias blog? Jom imbas kembali.....

      Masa Sya tengah tengok-tengok blog kawan Sya, Sya terjumpa satu blog. Blog tu kepunyaan Syaqirah Sweetie. Blog dia memang comel! Ada pula efek kelopak bunga berjatuhan di blog dia. Sya pun teringin nak hias blog juga. Jadi tanpa membuang masa, Sya terus search tentang cara menghias blog. Masa tu juga Sya hias blog Sya seperti yang korang semua nampak sekarang. Macam mana? Nice tak? Hehehe.....

      Sebelum Sya terlupa, esok sekolah Sya ada buat Majlis Penutup Hari Kemerdekaan. Ada pertandingan basikal berhias, pakaian beragam dan deklimasi sajak. Sya cuma masuk pertandingan pakaian beragam dan deklimasi sajak je.... Nak masuk pertandingan basikal berhias Sya tak ada basikal pula. :(

      Whatever, doakan Sya supaya menang dalam pertandingan tu ya! Bye!

      

Sunday 13 September 2015

Jerebu Berleluasa Lagi!

      Alahai, jerebu melanda negara kita lagi! Sya sendiri pun dah batuk dan selesema sebab jerebu ni. Jadi, jangan lupa minum air banyak-banyak! :D

      Semalam, Sya tengok berita kat tv. Sya tengok, di Riau, Indonesia, bacaan IPU diorang dah mencecah 900! Memang keadaannya sangat berkabus. Tak nampak apa-apa. Jadi, tengok-tengok lah sekejap tip di bawah ini ya!


Tip Ketika Jerebu
  • Minum banyak air masak, bukan air manis ya!
  • Jangan membuat aktiviti luar, nanti dapat sesak nafas pula!
  • Sentiasa pakai topeng muka.
  • Elakkan pembakaran terbuka.
Okey, tu jelah perkara yang Sya selalu buat ( Kecuali minum air banyak). Tapi sebelum pergi, Sya nak dendangkan sebuah lagu. Irama, Kejolobak Kejelebu.


Kojolobak kojerebu
1 Malaysia ada jerebu
Ramai-ramai serbu cikgu
Mintak cuti seminggu
Gurindam palu-palu
Cikgu kata tunggu dulu
Tengok bacaan IPU
Baru dapat cuti seminggu.

Friday 11 September 2015

Sajak "Luahan Hati Anak Merdeka"

      Memandangkan Rabu depan hari 1 Malaysia, Sya nak deklimasikan sajak untuk korang semua. Best atau tak, sajak di bawah ni Sya yang buat sendiri tau! Jadi korang kena dengar jugak! Hehe...




Luahan Hati Anak Merdeka


Di bumi merdeka ini
Kita dilahirkan
Dalam pelbagai acuan bangsa
Dengan pelbagai ragam budaya
Menyusuri liku-liku kehidupan.



Hari ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaungkan sekuat hati
Dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa setitis pun air mata.



Lihat jernihnya pagi ini
Burung terbang bebas di udara
Bayu bertiup, lembut dan nyaman
Dan pepohon hijau menari daunnya.



58 tahun dahulu...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata kegembiraan mengalir
Menitis ke tanah seakan memberi sinar dan harapan
Kepada agama, bangsa dan negara.


Kini 58 tahun berlalu...
Segala harapan dan impian 58 tahun dahulu telah tercapai
Ku bangga melihat kejayaan ini
Tapi di sebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara untuk mecapai kemerdekaan?
Keperitan?
Kesakitan?
Mereka tidak akan mengerti
Mereka telahpun lupa...



Tetapi...
Ianya usah dibiarkan
Malaysia ialah sebuah negara yang merdeka
Negara yang makmur
Negara yang harmoni
Juga negara yang bebas dari penjajah.



Jadi...
Kita perlu bersama-sama
Untuk mempertahankan negara
Demi generasi masa hadapan
Juga demi negara tercinta.

Wednesday 9 September 2015

Blog Oh Blog!

      Tengok tajuk je mesti dah dapat agakkan apa yang Sya nak tulis. Ya, jawapannya Sya dah buat blog tentang masakan pula! Nak tau tak kenapa Sya beria-ia sangat nak buat blog tentang masakan? Sebab sejak kebelakangan ni Sya asyik terjumpa resepi masakan yang best-best je. Kalau nak cerita semua resepi kat sini bosanlah nanti kan? Jadi, Sya sudah tekad, nak buat blog tentang masakan pula! Kalau korang nak tengok, taip je "Resepi Ceria Isyia". Mesti keluar punya. Okey, kalau ada masa tengok ye! Bye!

Thursday 3 September 2015

Jurang Dalam Lautan

      Jurang lautan ialah bahagian laut yang paling dalam. Jurang lautan terbentuk akibat pertembungan plat benua dengan plat lautan. Apabila ini berlaku, plat lautan yang lebih tumpat akan menjunam ke bawah. Bahagian yang dalam nilah yang dikatakan jurang lautan. (Sya pasti mesti ada yang tengah garu-garu kepala sebab tak faham).

      Keadaan dalam jurang lautan gelap, bersuhu rendah dan bertekanan tinggi. (Fuh, mesti menangis kalau tersekat kat dalam ni!) Walaupun begitu, terdapat hidupan dan mikroorganisma yang tinggal di dalam jurang lautan seperti Sotong Dumbo dan Ikan Angler.

      Kebanyakan jurang lautan berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang mempunyai gunung berapi dan mengalami gempa bumi. Antaranya ialah Jurang Marina, Filipina (11 000 m) dan Jurang Kermadec- Tonga, New Zealand (10 802 m).

Info tentang Jurang Mariana

Panjang: 2 550 km

Lebar: 69 km

Tekanan: (Kira-kira 1 000 kali ganda tekanan atmosfera)

Kedudukan: Lautan Pasifik, Filipina








Di bawah ini terdapat gambar pelbagai hidupan pelik bin ajaib di celah-celah Jurang Mariana.



















(Sebenarnya banyak lagi, tapi Sya senaraikan sikit je. Alah, nanti search sajalah sendiri ya! Jangan marah!) :D

Cadbury Chocolate Cake



      


      Hmmm... Memang nasib la tadi Sya ada terjumpa resipi ni. Kalau tak, memang Sya takde idea nak tulis apa. Jomlah tengok-tengok sekejap resipi kek yang nampak sedap ni. Nyum-nyum!


Cadbury Chocolate Cake





Bahan A:
  • 120 g tepung kek (Diayak)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (Diayak)
  • 1/2 sudu kecil baking powder (Diayak)
  • 3 biji kuning telur
  • 25 g gula kastor
  • 50 ml minyak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Bahan B:
  • 70 g serbuk Cadbury Hot Chocolate Drink
  • 120 ml susu segar (Dipanaskan)

Bahan C:
  • 3 biji telur putih
  • 25 g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 2 sudu besar serbuk Cadbury Hot Chocolate Drink
  • 4 sudu besar air panas

Frosting:
  • 200 ml whipping cream
  • 25 g gula kastor
  • 1 sudu kecil pewarna/perisa coklat

Cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170'c.

      Campurkan semua bahan A dan gaul sebati. Kemudian campurkan bahan B dan gaul sehingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan A tadi. Ketepikan.

      Di dalam mangkuk lain, putarkan putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan jus lemon dan gula. Putarkan sehingga putih telur tidak tumpah apabila diterbalikkan.

      Ambil setengah putih telur dan masukkan ke adunan coklat tadi. Gaul menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik. Kemudian, masukkan adunan coklat ke dalam lebihan putih telur. Kaup sekali lagi hingga sebati.

      Bakar di dalam oven selama 40-50 minit. Bila sudah masak, sejukkan sebelum dipotong.

      Jika sudah sejuk, potong kek kepada dua bahagian.

      Putarkan bahan-bahan untuk frosting sehingga kental. Sapukan di atas kek. Kemudian, lapik dengan satu lagi bahagian kek. Tutup keseluruhan kek dengan frosting. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

      Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang. Makan apabila sudah sejuk.


Yeay! dah boleh makan!