>

Sunday 16 August 2015

Salar De Uyuni, padang garam terbesar di dunia

      Hai! Tadi masa Sya baca buku, Sya terjumpa satu artikel ni. Nampak macam menarik. Sebab tu lah Sya nak cerita ni. Nak tahu tentang apa? Bacalah sendiri penerangan di bawah ini:

      Salar De Uyuni ialah padang garam terbesar di dunia dengan keluasan 10 582 kilometer persegi ( 4086 batu persegi). Ia dianggarkan mengandungi hampir 10 bilion tan garam. Wow!!!

      Padang ini terletak di barat daya Bolivia, berhampiran puncak Andes pada ketinggian 3656 meter di atas paras laut. Dek kerana pemandangan yang sangat menakjubkan, kawasan ini turut digelar sebagai 'sempadan antara bumi dan syurga'. Wah, mesti tempat ni cantik kan?


      Pada asalnya, dataran tinggi Altiplano tidak mempunyai kawasan aliran air, hingga menyebabkan air dari kawasan pergunungan di sekitar terkumpul dam membentuk sebuah tasik yang amat luas. Akibat pancaran matahari yang terik selama ratusan tahun, tasik tersebut bertukar menjadi amat masin dan mengeras menjadi kerak garam, akhirnya menjadi dataran padang garam Salar De Uyuni yang kekal sehingga kini. Hmm... Hebat!

Jus Kurma Madu




Bahan-bahannya:
  • 5 biji buah kurma madu
  • 1 sudu kecil madu
  • 250 ml susu segar
  • 50 ml air mineral
  • 10 ketul kiub ais

Cara membuatnya:
  • Kisar semua bahan diatas sehingga kurma dan kiub ais hancur dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam gelas dan dengan ceri tangkai atau payung, dan sedia dihidangkan.

Tip:
  • Anda boleh menggunakan susu kambing asli bagi menggantikan susu segar dan jika mahu, anda boleh taburkan sedikit badam hancur yang telah disangai terlebih dahulu.

Khasiat:
Minuman ini mengandungi pelbagai zat mineral, gula semulajadi di dalam madu,vitamin dan kalsium. Ia juga sungguh menyegarkan dan elok diamalkan setiap hari. Minuman ini juga ada unsur-unsur
penyembuhan melalui penggunaan kurma dan susu.


Apa tunggu lagi, jom la buat! :D



Monday 3 August 2015

Hari Pertama Membuat Blog

      Disebabkan minat Sya pada blog makin mendalam, jadi Sya nak ceritakan macam mana Sya boleh terlibat dalam blogging. Yeah!!! Jom kita imbas!

      Tahun lepas, Cikgu Sahli (cikgu teknologi maklumat) ada ajar pasal blog. Masa tu, Sya langsung tak tau blog tu apa. Bila cikgu dah terangkan, barulah Sya faham. Masa tu lah idea nak buat blog tu tiba-tiba muncul. Rasa tak sabar pun ada. Tapi cikgu kata kalau nak buat blog, tunggu dulu. Tunggu sampai dah betul-betul arif. Tapi Sya tak berputus asa.....

      Dalam diam-diam, sebenarnya Sya dah rancang nak jumpa dengan Cikgu Sahli. Tapi bila Sya cari, cikgu asyik tak ada je. Hmph!!! Tapi Sya masih tak berputus asa. Sya pergi cari kat internet, dalam buku, lepas tu Sya tanya orang yang berkemungkinan besar tahu menahu pasal blog. Akhirnya, usaha Sya berjaya! Yeay! :D

      Awal tahun ni (belum buat blog lagi) ummi Sya belikan novel baru untuk Sya. Bila Sya tengok tajuk buku tu, terus je baca sampai habis. Tajuk buku tu ialah....."Cik Blogger"! Sampai sekarang, Sya asyik baca je buku tu. Asyik ulang, ulang, ulang! Di situlah bermulanya blog yang disayangi ini.


p/s: comel tak buku ni?
      

Jessie J "Flashlight" lyrics

When tomorrow comes
I'll be on my own
Feeling frightened of
The things that I don't know
When tomorrow comes
Tomorrow comes
Tomorrow comes

And though the road is long
I look up to the sky
And In the dark I found, I stop and I won’t fly
And I sing along, I sing along, then I sing along

I got all I need when I got you and I
I look around me, and see sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin’ me, gettin’ me through the night
Can’t stop my heart when you shinin’ in my eyes
I can’t lie, it’s a sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin’ me, gettin’ me through the night
Cause you're my flash light
You're my flash light, you're my flash light

I see the shadows long beneath the mountain top
I'm not the afraid when the rain won't stop
Cause you light the way
You light the way, you light the way

I got all I need when I got you and I
I look around me, and see sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin’ me, gettin’ me through the night
Can’t stop my heart when you shinin’ in my eyes
Can’t lie, it’s a sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight

You're gettin’ me, gettin’ me through the night
Cause you're my flash light
You're my flash light light light, you're my flash light light light You're my flash light light light light light ohhh
I got all I need when I got you and I
I look around me, and see sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're gettin’ me, gettin’ me through the night
Can’t stop my heart when you shinin’ in my eyes (shinin in my eyes)
Can’t lie, it’s a sweet life
I'm stuck in the dark but you're my flashlight (you're my flashlight)
You're gettin’ me, gettin’ me through the night
Cause you're my flash light
You're my flash light, you're my flash light
You're my flash light light light
You're my flash light light light
You're my flashlight

Sunday 2 August 2015

Cara Membuat Biskut Oat Coklat

      Hai! Kali ini Sya nak kongsi cara-cara membuat biskut oat coklat yang rangup lagi sedap! Mmmm....sedapnya kalau dapat rasa kan? Kalau nak, buatlah sendiri. Di sini ada cara-cara untuk membuatnya:


Biskut Coklat Oat

Bahan-bahannya:
  • 250g oat
  • 430g tepung gandum
  • 230g gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 200g mentega
  • 80g kismis
  • 500g coklat masakan (untuk salutan)

Cara-cara membuatnya:
  • Campurkan Oat, gula kastor, serbuk koko, kismis dan mentega di dalam mangkuk adunan dan gaul hingga rata.
  • Ayak tepung. Masukkan tepung masukkan tepung ke dalam adunan oat sedikit demi sedikit, sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tidak semestinya digunakan semuanya. Uli doh sehingga boleh dicanai dan dipotong.
  • Canai setebal 1 cm dan terap menggunakan acuan berbentuk hati atau mengikut kesesuaian.
  • Bakar pada suhu 170 C selama 15-20 minit menggunakan api atas dan bawah. Ia tidak perlu dibakar sehingga garing kerana setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
  • Sejukkan kepingan oat diatas rak dawai dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan hingga tersalut sepenuhnya. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.
            Tip:
  • Anda boleh menukar kismis kepada kacang yang anda minati.
  • Coklat juga boleh ditambah dengan sedikit perisa strawberi jika anda mahu.

Khasiatnya:
  • Oat sangat baik untuk kesihatan jantung dan boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita.
  • Resipi ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan kismis yang mempunyai vitamin dan baik untuk kesihatan anda.

Saturday 1 August 2015

Ketam Kelapa Memanjat Pokok

      Pernahkah anda lihat ketam gergasi memanjat pokok kelapa? Ia merupakan pemandangan biasa jika anda pernah ke Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai. Ketam gergasi ini diberi nama Ketam Kelapa kerana ketam ini selalu memanjat pokok kelapa dan menjatuhkan buahnya ke bawah, sebelum mengupas buah tersebut dengan menggunakan sepitnya yang kuat. Ketam ini juga boleh dijumpai di pulau-pulau di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, serta banyak terdapat di Pulau Krismas.


      Jika di Indonesia, ketam ini dikenali sebagai Ketam Kenari dan orang barat lebih gemar menggelar ketam ini sebagai 'Robber Crab'. Ketam ini digelar sedemikian kerana sifatnya pencuri yang memanjat pokok kelapa senyap-senyap pada waktu malam.


      Walaupun rupanya agak menakutkan, ketam ini dikatakan mempunyai rasa yang lazat dan lebih berjus berbanding dengan ketam biasa. Harganya pula mampu mencecah sehingga RM300 sekilogram. Wow! Mahalnya!!!


      Namun, sukar untuk anda mendapatkan ketam ini di restoran biasa kerana ia merupakan haiwan yang dilindungi.