>

Wednesday 23 December 2015

Masalah Berat Badan? Kat Sini Ada Tips!!! (=^_^=)v



      Arghhh!!! Memang fikiran boleh terganggu kalau berat badan berlebihan. STRESSS!!! Takpe, takpe... Sya selalu ada untuk membantu! Kat sini ada sedikit tips yang yang Sya nak share dengan korang:


1. Kurangkan mengambil makanan yang                       berkabohidrat tinggi seperti nasi

     Hmmm... kalau korang rasa lapar, makan je makanan yang                berkabohidrat rendah macam roti, Nestum, oat dan gandum.            Takde masalah!

2. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan         dan bijirin.

    Masalahnya ada orang yang tak suka makan vegetables and              fruits! Kalau korang nak tau, nilah punca utama masalah                  berlebihan berat badan. Haa..... korang nak kurus ke tak? Kalau        nak, telan jelah sayur dengan buah tu! :P

3. Jangan makan makanan ringan sebelum tidur.

     Ngeh, ngeh, ngeh! Sya tau ada diantara korang nie suka makan        jajan sebelum tidur, kan? Tak baik tau buat cam nie..... Masa            kita tengah tidur, seluruh organ badan kita akan berehat. Jadi,          lemak boleh terkumpul dalam badan kita. Boleh menyebabkan        sakit jantung tau! Ish, bahaya, bahaya.....

4. Tingkatkan senaman ringkuk tubi separa.

     Eh, apa benda plak tu? Ringkuk tubi separa tu ialah salah satu          senaman perut. Macam dalam gambar ni haa.....





     Korang kena lakukan senaman nie sebanyak 5-6 kali sebanyak        4 set. Kalau tak larat takpe, buat sikit-sikit.:D

5. Kurangkan pengambilan gula.

      Kurangkan mengambil gula boleh mengurangkan berat badan.         Kalau tak percaya, cubalah! Korang mesti puas hati. :)

6. Luangkan masa untuk bersenam.
    Urgh!! Dah tak larat lagilah nak bersenam! Penat! Tulah, siapa        suruh korang bersenam over sangat! Berjalan pun dah okey.            Luangkan masa untuk berjalan selama 6-7 minit sehari. Tak              payah laju-laju, santai jerrr.....

7. Minum air masak 8 gelas sehari.

     Minum air masak, bukan air manis tau! Minum air masak dengan      secukupnya dapat membuatkan korang rasa kenyang. Selain tu,        boleh membekalkan oksigen kepada otak! Buat fikiran sentiasa        cerdas! :D

8. Jangan makan banyak pada waktu malam.

     Fuh!! Ayam panggang! Nasi goreng! Sate plak tuuu!!! Huh,              memang biasanya waktu malam banyak makanan yang buat              tergugat iman! Sabar, sabar..... korang kena ingat, jangan makan      banyak sangat masa makan malam. Kenapa? Sebabnya ada di          tips no. 3 tu.....



      Nampaknya tu jelah yang dapat Sya bagitau korang. Mungkin korang ada banyak lagi tips, tapi nie sekadar untuk tambahan sahaja. Okey, babai! 







Saturday 19 December 2015

Target 6A UPSR!!!!! Yeah!!!!!

      Rasa-rasanya korang dah tau, bahawa tahun depan Sya akan berjuang di medan perang yang menguji mental dan fizikal serta emosi. Ya! Jawapannya ialah Sya akan menduduki peperiksaan....... UPSR! Tapi yang lagi menggerunkan ialah Sya dan semua murid darjah 6 tahun depan ialah generasi pertama KSSR. Hmph!!!

      Eh, eh, eh! KSSR tu apa ekk? Kalau ada yang tak tau, KSSR tu ialah Kokurikulum Standard Sekolah Rendah. Ni bagi yang tak tau lah! Tapi Sya tau, korang semua ni pandai-pandai belaka, Sya tak payah cakap pun. Haa... jadi murid KSSR bukannya senang. Kena study hard and don't give up. Sebab, semua soalan peperiksaannya memerlukan KBAT. KBAT tu apa pulak ekk? KBAT tu ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Segala bentuk soalan peperiksaan dah berubah 100%. Bukan tu je, format kertas UPSR pun dah lain, jadi 6A pulak. Paper BI dah pecah dua. Hadoiii...... pecah dua otak nak belajar tahun depan! T_T

      Okey. Jadi, buat kawan-kawan Sya yang akan menduduki UPSR tahun depan, Sya nasihatkan jangan putus asa dan terus berusaha. Cuba bayangkan..... korang dapat 6A pastu korang dengan rasa gembira bagitau parents korang yang korang dapat 6A, pastu diorang peluk korang dengan air mata yang mengalir. Bayangkanlah..... Betapa besar harapan diorang pada kita. Jadi, mulai sekarang kita kena study hard. Buat kawan-kawan dan pembaca di luar sana, tolonglah doakan Sya dan kawan-kawan supaya dapat keputusan 6A. Sya pun akan doakan korang jugak. Ingatlah, segala harapan dan impian akan hancur kalau tak berusaha dari sekarang.


Oh! Sebelum Sya terlupa.......



      

Friday 23 October 2015

Locked Away- Adam Levine

[Adam Levine]
If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?


[R. City]
Right about now
If I judge for life, man, would you stay by my side?
Or is you gonna say goodbye?
Can you tell me right now?
If I couldn't buy you the fancy things in life
Shawty, would it be alright
Come on show me that you down
Now tell me would you really ride for me
Baby tell me would you die for me
Would you spend your whole life with me
Would you be there to always hold me down
Tell me would you really cry for me
Baby don't lie to me
If I didn't have anything
I wanna know would you stick around

[Adam Levine]
If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?


[R. City]
Let's get it down
All I wanna is somebody who really don't need much
A girl that I know I can trust
To be there when money low
If I did not have nothing else to give but love
Would that even be enough
Gal, me need to know
Now tell me would you really ride for me
Baby tell me would you die for me
Would you spend your whole life with me
Would you be there to always hold me down
Tell me would you really cry for me
Baby don't lie to me
If I didn't have anything
I wanna know would you stick around


[Adam Levine]
If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?


[R. City]
Tell me tell me would you want me
Tell me tell me would you call me
If you knew I wasn't balling
Cause I need girl who's always by my side
Tell me tell me do you need me
Tell me tell me do you love me
Or is it just tryna play me
Cause I need a girl to hold me down for life


[Adam Levine]
If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?


[Adam Levine]
If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?

Monday 19 October 2015

Tips Memutihkan Encik/Puan Gigi Di Rumah!

      GIGI KUNING??? Arghhh!!!!! Memalukan betul! Mesti serba salah kalau nak ambil gambar. Kalau ambil gambar pun, mesti cuma senyum simpul konon-kononnya perempuan muslimah, tapi sebenarnya tak nak tunjuk gigi! Kalau nak bercakap dengan orang lagilah susah! Pakai topeng jerebu konon-kononnya jaga kesihatan, tapi sebenarnya tak nak tunjuk gigi! Ish, masalah nihh!!!

      Takpe-takpe, Sya kan ada! Sya boleh kongsikan tips macam mana nak putihkan gigi. Tu pun kalau korang ada gigi! Jadi sesiapa yang takde gigi tu pergi main jauh-jauh! :P


Tips Memutihkan Gigi Di Rumah


1. Serbuk karbon/arang

    Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon tu dan berus         gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama 2 minit.           Lepas tu, basuh betul-betul! Nanti tertelan lak!

2. Strawberi

    Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan       campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama 5 minit,     pastu berus gigi guna ubat gigi biasa. Kumur-kumur macam biasa.     Tapi korang jangan pulak buat banyak-banyak! Nanti tooth               coating rosak.

3. Kulit lemon/oren

    Berus bahagian dalam kulit oren/lemon kat gigi, pastu bilas.             Amalkan seminggu dan korang akan lihat perubahan pada warna     gigi. Cara ni pun jangan overdo takut-takut kandungan asid               oren/lemon beri kesan pada enamel gigi.

4. Kulit pisang

    Gosok bahagian dalam kulit pisang dengan lembut pada gigi             selama 2 minit. (Sya rasa yang ni paling senang).

5. Minyak zaitun

    Cari minyak zaitun yang asli tau! Jangan guna minyak zaitun             yang dah proses bau wangi tu. Sebelum berus gigi, titiska sikit           pada berus gigi. Pastu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh         jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.

6. Baking soda

    Guna baking soda tu sikit saja ya! Tak boleh banyak-banyak.           Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide     untuk bersihkan dan putihkan gigi. Tapi jangan pulak korang             guna baking soda expired! Tu namanya bunuh diri!



Okey, setakat ni tu jelah yang dapat Sya share kat korang. Tapi hati-hati! Sekarang ni dah banyak produk pemutih gigi yang ada kat pasaran. Kebanyakannya mengandungi asid yang boleh membawa kesan membuang enamel dari gigi, rosakkan gusi dan bahagian mulut yang lain. Nak guna tu boleh tapi hati-hatilah ya! ^_^v
    
    
   





Tuesday 13 October 2015

Lirik Lagu Syurga-Alyah

Hanya kerana dusta
Mataku terpejam mengaburi minda
Hanya kerana fana
Ku tenggelam di dasar gelap, gelap gelita

Lemasku dibenam minda
Hati berkata
Jangan kau hancurkan cinta
Kerana dusta

Selamatkan aku kasihku
Bawaku dalam doamu
Dari semua resah menutup cahaya

Selamatkan aku kasihku
Bebasku dari cemburu
Segala yang maya
Bawa daku ke syurga
Ke syurga

Hanya kerana masa
Mampu menamatkan segala cerita
Hanya kerana cinta
Hatiku tetap percaya takkan terleka

Terangnya bercahaya bagai permata
Sinarnya dalam masa takkan terbuka

Selamatkan aku kasihku
Bawaku dalam doamu
Dari semua resah menutup cahaya

Selamatkan aku kasihku
Bebasku dari cemburu
Segala yang maya
Bawa daku ke syurga
Ke syurga

Bawa daku bersamamu
Janganlah kau tinggalkan aku
Janji padaku
Bawa daku bersamamu
Genggam erat kuat tanganku
Jangan tinggalkan ku

Selamatkan aku kasihku
Bawaku dalam doamu
Dari semua resah menutup cahaya

Selamatkan aku kasihku
Benasku dari cemburu
Segala yang maya
Bawa daku ke syurga
Ke syurga

Sunday 4 October 2015

Experience Ke KL

      Yeahhh!!!!! Memang best! Walaupun selalu pergi KL, kali ni yang paling top! Hmm... Sya dah bagitau korang pasal Sya sertai rombongan sekolah ke KL kan? Jadi, sekarang Sya nak sharekan gambar-gambar yang Sya sempat snap kat sana. Jom kita saksikan.....



   Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia
(BTP)

      Mula-mula Sya rasakan yang BTP ni tempat yang boring. Tapi bila dah survey satu-satu, barulah Sya sedar yang BTP ni tempat yang best jugak. Sebelum survey satu bangunan, kitorang akan dibahagi kumpulan. Jadi kitorang dapat 3 kumpulan. Kumpulan Sya pula bertolak ke Pusat Sumber BTP. Kat sana, kitorang memang seronok! Cikgu yang mengurus kitorang kat pusat sumber tu ialah Cikgu Bazilah. Beliau memang seorang guru yang sporting. Sebelum kuiz diadakan, Cikgu Bazilah menceritakan tentang pengalaman hidupnya semasa bertugas di BTP.

Cikgu Bazilah semasa menceritakan pengalaman hidupnya.

      Jeng jeng jeng!!! Kuiz akan dimulakan! Semasa kuiz, Cikgu Bazilah telah bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Pusat Sumber BTP. Cuba korang teka, siapa dapat jawab soalan pertama?!!! Ya, terang lagikan bersuluh bahawa Sya yang dapat jawab soalan pertama! Tepuk, tepuk...


Sya ialah budak yang tengah pegang hadiah berbungkus warna coklat yang duduk kiri sekali.


Masa tu Sya excited sangat. Yalah, siapa yang tak happy bila dapat hadiah. Acara kuiz diteruskan sampai kumpulan yang lain mengambil bahagian...

      Kumpulan Sya terus bergerak ke studio. Kitorangkan tak pernah pergi studio, jadi kitorang pun terus meluru masuk studio. Haha... Kelakar pulak bila ingat-ingat balik. ^_^

Kitorang masa di set penggambaran.




      Dalam studio, kitorang diberi peluang untuk survey segala macam jenis peralatan yang ada kat dalam studio tu. Tapi janganlah sampai jahanam benda tu dikerjakan! Cukuplah sekadar dilihat-lihat sahaja... Lepas tu, kitorang akan masuk ke siaran secara langsung! Perggghhhh!!!!!! Punyalah kitorang excited masa tu. Kalau korang nak tengok gambar kitorang semasa dirakam, di bawah ni ada gambarnya...


Semasa di siaran langsung!




Gambar ni dirakam daripada tv tau!



      Walaupun bukan masuk siaran tv betul-betul, kitorang tetap happy. Dan sampai tiba masanya kami beredar dari studio... Huhu... T_T

      Kali ni kumpulan Sya bertolak pergi ke Makmal Komputer BTP. Maaflah, Sya tak ingat nama cikgu yang memimpin kitorang pada masa tu. Sejujurnya Sya cakap, pada mulanya penerangan yang diberi memang betul-betul boring. Tak ada satu pun yang masuk kepala. Penerangan yang diberi seolah-olah begitu panjang. Memang tak dapat nak fokus!

                              
Semasa diberi penerangan. Haihhhhh!!!!!! Boring betul!


      Tapi selepas guru yang memberi penerangan tu sebut sahaja perkataan "MEMBUAT GAME", terus terbeliak biji mata. Barulah boleh fokus sepenuhnya. Haihhh.... Tak boleh pakai langsung!

      Kitorang diajar tentang cara-cara untuk membuat game sendiri menggunakan aplikasi " Classtools". Hmph!!! Bila dah dapat main game, terus tak ingat dunia! Jadi, bagi yang nak cuba membuat game sendiri secara percuma, bolehlah pergi ke, "www.classtools.net". Nanti Sya akan beritahu caranya ya! :D

      Okey, sekarang sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan BTP. Huhuhu.... Tidak akan kulupa padamu wahai BTP. Suatu hari nanti, kau akan kucari juga!




Aquaria KLCC
Sya bergambar bersama mak Sya. (mak Sya ialah salah seorang guru yang turut serta).




      Hihi... Anak-beranak bercermin mata. Memang nampak serupa! Ni masa kitorang bergambar di pintu masuk Aquaria. Fuh, belum apa-apa lagi kitorang dah excited. Tu belum masuk lagi tu! Jom kita survey sama-sama! :P

     Masuk-masuk je, dah nampak ikan piranha. Hish, mukanya memang nampak bengis! Gigi pun tajam-tajam belaka. Nak tengok tak?

    
Fuh, siap tabik lagi! :)


      Sorrylah sebab nampak gelap. Kat sana tak dibenarkan menggunakan flash. Yalah, kot-kot ikan tu ada sakit jantung, terkejut tengok cahaya tiba-tiba, mati pulak kat situ. Siapa yang susah? Sya, jugak!

      Yeahhh!!!! Memang best betullah kat sana! Sya dan kawan-kawan sempat jugak ambik gambar dengan bermacam jenis ikan, ada juga yang tidak diketahui namanya. Malas nak ambik tau. Yang penting, kitorang enjoy!


Selfie bersama ummi!
Eh, tangan siapa pulak yang menyemak kat situ?


Di tangga pun boleh ambik gambar!
First time Sya tengok sotong kurita.
Say cheese!!!!


Punyalah membiru! Sampai muka Sya sekali jadi biru.




Kat sini Sya nak sharekan video yang sempat diambil masa kat Aquaria. Jeng jeng jeng!!!



      Amacam? Hehehe... Sebenarnya tulah satu-satunya video yang sempat dirakam sebelum beredar dari Aquaria. Kitorang akan bertolak pula ke Muzium Coklat. Wah, tak sabarnya! Tulah first time Sya berkunjung ke Muzium Coklat. Mestilah banyak benda best yang nak diceritakan kan? Hehehe...



Muzium Coklat
Sorrylah sebab tak dapat ambik gambar dekat-dekat.


      Masa Sya melangkah ke lantai Muzium Coklat, rasa excited yang amat sangat. Yalah, masuk-masuk je dah terbau coklat yang menawan kalbu. Tapi sebelum kitorang 'menyerbu', seorang staf Muzium Coklat memberikan penerangan tentang perjalanan coklat. Rupa-rupanya, negara Afrika ialah pengeluar utama buah koko. Lepas tu, buah koko tu akan dihantar ke negara Eropah untuk diproses. Pada masa tu, koko tak diproses menjadi coklat, tapi dijadikan minuman. Di situlah bermulanya coklat yang menjadi kegilaan seluruh dunia.
      

Semasa diberi penerangan. (bersungguh-sungguh betul nampak gayanya).



      Barulah kitorang boleh 'menyerang' seluruh kawasan muzium. Hish, macam penjajah dunia pulak bunyinya!

Sejenis alat pengisar pada zaman dulu kala.

Fuyyyoooooo!!!!!
Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan! :P

Pergghhhhh!!!! Sedapnya!!!

Takde kerja cari kerja! :P

Peacee yo!

Demonstrasi membuat coklat.


      Sekarang tiba masanya untuk bahagian yang paling top! Kedai menjual coklat dibuka!!!! Yeay!!!! :D






Serbu jangan tak serbu!


      Setelah puas 'menyerang' dan membeli belah, kitorang akan meninggalkan Muzium Coklat yang dicintai. Huhu... Sedihnya!!!


Bank Negara Malaysia

      Ini adalah destinasi yang terakhir. (Fuh, penat Sya menaip). Kali ni Sya akan ringkaskan cerita sahaja ya! Jangan marah!

      Untuk masuk ke galeri kanak-kanak di Bank Negara, kitorang akan masuk melalui terowong. Terowong? Haa... Jangan fikir yang bukan-bukan ya! Ni bukan calang-calang terowong, ni adalah terowong yang dipenuhi dengan duit! Wah, bergambar dengan duit!



Perggghhh!!! Duit dulu kala!



Ini semua aku yang punya!! Hohoho!!



Selfie jangan tak selfie!



Dah nampak macam Hang Tuah. Hehehe...



Hishhh!!! Besarnya duit!!


      


Haa... Duit kasi mari!



Semasa di galeri seni.





      Fuh, habis pun entri ni akhirnya! Lepas berhari-hari menaip dan meng-upload gambar, akhirnya peperangan ni berakhir! Haa... Itulah yang dapat Sya ceritakan dalam entri kali ni. Okey, jumpa lagi di entri yang akan datang! ^_^v





      














      

       




Thursday 24 September 2015

Tip Mendapatkan Ramai Follower

      Sya baru je lepas singgah blog Kak Lyssa Faizureen. Dalam blog beliau, ada satu entri yang bertajuk "Cara Mendapatkan Follower Beriban". Jadi, apa salahnya kalau Sya nak kongsikan kat korangkan? Hehehe :D


Tip Mendapat Ramai Follower

1. Rajin-rajinlah ber-blogwalking ke blog orang lain

Eh, blogwalking tu apa? Kalaulah ada orang sebut blogwalking, janganlah pulak korang kerut-kerut dahi, buat muka macam tak pernah dengar. Buruk rupanya. Kalau korang nak tau, blogwalking ialah berjalan-jalan, bersiar-siar dan menziarahi blog orang lain. Tapi jangan pulak korang tinggalkan macam tu je! Rajin-rajinlah tinggalkan komen dan menjejakkan kaki ke dalam shoutbox diorang. Blogger yang baik hati mesti akan melawat blog korang pulak :)

2. Alang-alang dah singgah tu, follow je terus!

Betullah tu. Alang-alang dah singgah blog diorang, follow je terus! Pasti ramai blogger yang happy dengan tindakan diorang tu. Pada setiap hari, Sya akan follow blog yang Sya belum follow. Kalau kita dah follow blog orang tu, kita tinggalkan komen, " SAYA DAH FOLLOW AWAK". Mesti diorang akan follow kita balik :D

3. Tinggalkan komen yang membina dalam entri bloggers lain

Cara ni mungkin dapat membantu. Kalau korang ada singgah satu blog, mestilah korang ada baca entri yang diorang post, kan? Tak kisahlah baca sampai habis ke tak, tu tak penting. Tapi janganlah malas sangat nak komen entry diorang. Tulis satu ayat pendek atau cakap "hi" pun okeyla. Asalkan jangan malas tinggalkan komen, ok?

4. Post entri yang MENARIK dan yang orang TERTARIK

Ni yang paling penting tau! Entri yang menarik dan mudah difahami akan membuatkan ramai bloggers di luar sana tertarik untuk follow kita. Gaya bahasa pula mesti yang santai, tapi berinformasi. Selain mendapat ramai follower, kita boleh berkongsi ilmu pengetahuan atau pengalaman. Barulah best! Paling penting, kita mesti menggunakan ayat kita yang tersendiri. Barulah boleh jadi kreatif!

5.Letakkan widget follower di bahagian atas sidebar/atas header

Ni pun penting jugak tau! Yela, sebab kita pun tak tau manusia jenis apalah yang singgah kat blog kita tu. Entah-entah jenis yang pemalas macam Sya. Memang takkan scroll ke bawah sebab nak cari widget follow. Lainlah kalau orang yang rajin mencari widget follow tu. Peminat setialah katakan! Tu pun kalau ada orang yang sudi. Jadi, sebagai langkah selamat, kita mestilah letak widget follow tu kat atas, biar senang orang nak cari! :P





Monday 21 September 2015

Lawatan Ke Kuala Lumpur

      Dengar macam biasa -biasa je kan? Sebenarnya lawatan ni sekolah Sya yang anjurkan. Kitorang akan menginap kat sana selama 2 hari 1 malam, iaitu 1 dan 2 Oktober. Bukannya Sya tak pernah pergi KL, dah selalu sangat dah. Sya beria-ia sangat nak pergi sebab sesekali nak juga berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Ye tak?

      Antara destinasi yang nak dilawati ialah:

  • Menara KLCC (Dah selalu sangat pergi).
  • Menara Kuala Lumpur (Dah banyak kali pergi).
  • Aquaria (Dah naik loya dengar perkataan tu).
  • Muzium coklat (Haa... Yang ni pernah tengok je).

      (Tu jelah yang Sya ingat. Kalau ada tempat lain, nanti Sya akan        bagitau korang).

      Tak sabarnya nak pergi! Kalau ada masa, Sya akan post semua gambar-gambar yang Sya ambil masa kat sana. Itu pun kalau dibenarkan bawa handphone. Doakan Sya selamat sampai dan selamat pulang! :)
            

Thursday 17 September 2015

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

      Yeay!!!!! Sya berjaya! Sya berjaya memenangi pertandingan sajak tu! Cuba teka, Sya dapat nombor berapa? Ya, Sya dapat nombor 1! Sebenarnya Sya ada juga menang dalam pertandingan lain. Sya menang pertandingan sajak tadi, melukis logo, melukis bendera dan kuiz kemerdekaan. Sajak Sya johan, melukis logo  johan, melukis bendera pun johan. Cuma kuiz kemerdekaan je yang Sya dapat nombor 3. :(

      Acara yang mula-mula sekali adalah senamrobik. Fuh, memang mencabar! Pergerakannya rumit dan memeningkan! Masa tu, habis berterabur semua pergerakan.Masa tu juga kitorang ketawa. Haha... Apapun, kitorang tetap seronok! :D

      Acara yang kedua adalah pertandingan mendeklamasikan sajak. Mula-mula, Sya dengan peserta-peserta lain kena cabut undi dulu. Masa Sya nak ambik undi, rasanya macam nak tercabut lutut. Akhirnya, Sya mendapat giliran yang kelima. Nasib baik!

      Bila tiba giliran Sya, gementarnya hanya Allah yang tau. Tapi, alhamdulillah Sya dapat deklamasikan sajak dengan baik. Bila dah turun dari pentas, segala rasa cemas dan gementar beransur-ansur hilang. Rasanya macam baru terlepas dari hukuman gantung!

      Acara yang ketiga, adalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton tetapi perkara yang paling digeruni oleh para peserta. Acara itu ialah.....Pertandingan pakaian beragam!

      Sya kata ia ditakuti sebab nanti semua peserta kena catwalk kat atas pentas! Oh tidak! Tapi Sya rasa Sya tak perlu cerita banyak-banyak sebab Sya tak menang dalam pertandingan tu. :(

      Itulah antara pengalaman pahit dan manis semasa program itu berlangsung. Whatever, itulah hari yang paling seronok Sya pernah rasa!

Tuesday 15 September 2015

Perubahan Mendadak Pada Blog

      Mesti ada yang terkejut sebab ada perubahan mendadak pada blog Sya. Dulu template Sya cuma simple je, juga tiada hiasan lain. Oh, memang boring! Nak tau tak macam mana Sya tiba-tiba dapat ilham pulak nak hias blog? Jom imbas kembali.....

      Masa Sya tengah tengok-tengok blog kawan Sya, Sya terjumpa satu blog. Blog tu kepunyaan Syaqirah Sweetie. Blog dia memang comel! Ada pula efek kelopak bunga berjatuhan di blog dia. Sya pun teringin nak hias blog juga. Jadi tanpa membuang masa, Sya terus search tentang cara menghias blog. Masa tu juga Sya hias blog Sya seperti yang korang semua nampak sekarang. Macam mana? Nice tak? Hehehe.....

      Sebelum Sya terlupa, esok sekolah Sya ada buat Majlis Penutup Hari Kemerdekaan. Ada pertandingan basikal berhias, pakaian beragam dan deklimasi sajak. Sya cuma masuk pertandingan pakaian beragam dan deklimasi sajak je.... Nak masuk pertandingan basikal berhias Sya tak ada basikal pula. :(

      Whatever, doakan Sya supaya menang dalam pertandingan tu ya! Bye!

      

Sunday 13 September 2015

Jerebu Berleluasa Lagi!

      Alahai, jerebu melanda negara kita lagi! Sya sendiri pun dah batuk dan selesema sebab jerebu ni. Jadi, jangan lupa minum air banyak-banyak! :D

      Semalam, Sya tengok berita kat tv. Sya tengok, di Riau, Indonesia, bacaan IPU diorang dah mencecah 900! Memang keadaannya sangat berkabus. Tak nampak apa-apa. Jadi, tengok-tengok lah sekejap tip di bawah ini ya!


Tip Ketika Jerebu
  • Minum banyak air masak, bukan air manis ya!
  • Jangan membuat aktiviti luar, nanti dapat sesak nafas pula!
  • Sentiasa pakai topeng muka.
  • Elakkan pembakaran terbuka.
Okey, tu jelah perkara yang Sya selalu buat ( Kecuali minum air banyak). Tapi sebelum pergi, Sya nak dendangkan sebuah lagu. Irama, Kejolobak Kejelebu.


Kojolobak kojerebu
1 Malaysia ada jerebu
Ramai-ramai serbu cikgu
Mintak cuti seminggu
Gurindam palu-palu
Cikgu kata tunggu dulu
Tengok bacaan IPU
Baru dapat cuti seminggu.

Friday 11 September 2015

Sajak "Luahan Hati Anak Merdeka"

      Memandangkan Rabu depan hari 1 Malaysia, Sya nak deklimasikan sajak untuk korang semua. Best atau tak, sajak di bawah ni Sya yang buat sendiri tau! Jadi korang kena dengar jugak! Hehe...




Luahan Hati Anak Merdeka


Di bumi merdeka ini
Kita dilahirkan
Dalam pelbagai acuan bangsa
Dengan pelbagai ragam budaya
Menyusuri liku-liku kehidupan.



Hari ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaungkan sekuat hati
Dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa setitis pun air mata.



Lihat jernihnya pagi ini
Burung terbang bebas di udara
Bayu bertiup, lembut dan nyaman
Dan pepohon hijau menari daunnya.



58 tahun dahulu...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata kegembiraan mengalir
Menitis ke tanah seakan memberi sinar dan harapan
Kepada agama, bangsa dan negara.


Kini 58 tahun berlalu...
Segala harapan dan impian 58 tahun dahulu telah tercapai
Ku bangga melihat kejayaan ini
Tapi di sebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara untuk mecapai kemerdekaan?
Keperitan?
Kesakitan?
Mereka tidak akan mengerti
Mereka telahpun lupa...



Tetapi...
Ianya usah dibiarkan
Malaysia ialah sebuah negara yang merdeka
Negara yang makmur
Negara yang harmoni
Juga negara yang bebas dari penjajah.



Jadi...
Kita perlu bersama-sama
Untuk mempertahankan negara
Demi generasi masa hadapan
Juga demi negara tercinta.

Wednesday 9 September 2015

Blog Oh Blog!

      Tengok tajuk je mesti dah dapat agakkan apa yang Sya nak tulis. Ya, jawapannya Sya dah buat blog tentang masakan pula! Nak tau tak kenapa Sya beria-ia sangat nak buat blog tentang masakan? Sebab sejak kebelakangan ni Sya asyik terjumpa resepi masakan yang best-best je. Kalau nak cerita semua resepi kat sini bosanlah nanti kan? Jadi, Sya sudah tekad, nak buat blog tentang masakan pula! Kalau korang nak tengok, taip je "Resepi Ceria Isyia". Mesti keluar punya. Okey, kalau ada masa tengok ye! Bye!

Thursday 3 September 2015

Jurang Dalam Lautan

      Jurang lautan ialah bahagian laut yang paling dalam. Jurang lautan terbentuk akibat pertembungan plat benua dengan plat lautan. Apabila ini berlaku, plat lautan yang lebih tumpat akan menjunam ke bawah. Bahagian yang dalam nilah yang dikatakan jurang lautan. (Sya pasti mesti ada yang tengah garu-garu kepala sebab tak faham).

      Keadaan dalam jurang lautan gelap, bersuhu rendah dan bertekanan tinggi. (Fuh, mesti menangis kalau tersekat kat dalam ni!) Walaupun begitu, terdapat hidupan dan mikroorganisma yang tinggal di dalam jurang lautan seperti Sotong Dumbo dan Ikan Angler.

      Kebanyakan jurang lautan berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang mempunyai gunung berapi dan mengalami gempa bumi. Antaranya ialah Jurang Marina, Filipina (11 000 m) dan Jurang Kermadec- Tonga, New Zealand (10 802 m).

Info tentang Jurang Mariana

Panjang: 2 550 km

Lebar: 69 km

Tekanan: (Kira-kira 1 000 kali ganda tekanan atmosfera)

Kedudukan: Lautan Pasifik, Filipina








Di bawah ini terdapat gambar pelbagai hidupan pelik bin ajaib di celah-celah Jurang Mariana.



















(Sebenarnya banyak lagi, tapi Sya senaraikan sikit je. Alah, nanti search sajalah sendiri ya! Jangan marah!) :D

Cadbury Chocolate Cake



      


      Hmmm... Memang nasib la tadi Sya ada terjumpa resipi ni. Kalau tak, memang Sya takde idea nak tulis apa. Jomlah tengok-tengok sekejap resipi kek yang nampak sedap ni. Nyum-nyum!


Cadbury Chocolate Cake





Bahan A:
  • 120 g tepung kek (Diayak)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (Diayak)
  • 1/2 sudu kecil baking powder (Diayak)
  • 3 biji kuning telur
  • 25 g gula kastor
  • 50 ml minyak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Bahan B:
  • 70 g serbuk Cadbury Hot Chocolate Drink
  • 120 ml susu segar (Dipanaskan)

Bahan C:
  • 3 biji telur putih
  • 25 g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 2 sudu besar serbuk Cadbury Hot Chocolate Drink
  • 4 sudu besar air panas

Frosting:
  • 200 ml whipping cream
  • 25 g gula kastor
  • 1 sudu kecil pewarna/perisa coklat

Cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170'c.

      Campurkan semua bahan A dan gaul sebati. Kemudian campurkan bahan B dan gaul sehingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan A tadi. Ketepikan.

      Di dalam mangkuk lain, putarkan putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan jus lemon dan gula. Putarkan sehingga putih telur tidak tumpah apabila diterbalikkan.

      Ambil setengah putih telur dan masukkan ke adunan coklat tadi. Gaul menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik. Kemudian, masukkan adunan coklat ke dalam lebihan putih telur. Kaup sekali lagi hingga sebati.

      Bakar di dalam oven selama 40-50 minit. Bila sudah masak, sejukkan sebelum dipotong.

      Jika sudah sejuk, potong kek kepada dua bahagian.

      Putarkan bahan-bahan untuk frosting sehingga kental. Sapukan di atas kek. Kemudian, lapik dengan satu lagi bahagian kek. Tutup keseluruhan kek dengan frosting. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

      Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang. Makan apabila sudah sejuk.


Yeay! dah boleh makan!