>

Sunday, 4 October 2015

Experience Ke KL

      Yeahhh!!!!! Memang best! Walaupun selalu pergi KL, kali ni yang paling top! Hmm... Sya dah bagitau korang pasal Sya sertai rombongan sekolah ke KL kan? Jadi, sekarang Sya nak sharekan gambar-gambar yang Sya sempat snap kat sana. Jom kita saksikan.....



   Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia
(BTP)

      Mula-mula Sya rasakan yang BTP ni tempat yang boring. Tapi bila dah survey satu-satu, barulah Sya sedar yang BTP ni tempat yang best jugak. Sebelum survey satu bangunan, kitorang akan dibahagi kumpulan. Jadi kitorang dapat 3 kumpulan. Kumpulan Sya pula bertolak ke Pusat Sumber BTP. Kat sana, kitorang memang seronok! Cikgu yang mengurus kitorang kat pusat sumber tu ialah Cikgu Bazilah. Beliau memang seorang guru yang sporting. Sebelum kuiz diadakan, Cikgu Bazilah menceritakan tentang pengalaman hidupnya semasa bertugas di BTP.

Cikgu Bazilah semasa menceritakan pengalaman hidupnya.

      Jeng jeng jeng!!! Kuiz akan dimulakan! Semasa kuiz, Cikgu Bazilah telah bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Pusat Sumber BTP. Cuba korang teka, siapa dapat jawab soalan pertama?!!! Ya, terang lagikan bersuluh bahawa Sya yang dapat jawab soalan pertama! Tepuk, tepuk...


Sya ialah budak yang tengah pegang hadiah berbungkus warna coklat yang duduk kiri sekali.


Masa tu Sya excited sangat. Yalah, siapa yang tak happy bila dapat hadiah. Acara kuiz diteruskan sampai kumpulan yang lain mengambil bahagian...

      Kumpulan Sya terus bergerak ke studio. Kitorangkan tak pernah pergi studio, jadi kitorang pun terus meluru masuk studio. Haha... Kelakar pulak bila ingat-ingat balik. ^_^

Kitorang masa di set penggambaran.




      Dalam studio, kitorang diberi peluang untuk survey segala macam jenis peralatan yang ada kat dalam studio tu. Tapi janganlah sampai jahanam benda tu dikerjakan! Cukuplah sekadar dilihat-lihat sahaja... Lepas tu, kitorang akan masuk ke siaran secara langsung! Perggghhhh!!!!!! Punyalah kitorang excited masa tu. Kalau korang nak tengok gambar kitorang semasa dirakam, di bawah ni ada gambarnya...


Semasa di siaran langsung!




Gambar ni dirakam daripada tv tau!



      Walaupun bukan masuk siaran tv betul-betul, kitorang tetap happy. Dan sampai tiba masanya kami beredar dari studio... Huhu... T_T

      Kali ni kumpulan Sya bertolak pergi ke Makmal Komputer BTP. Maaflah, Sya tak ingat nama cikgu yang memimpin kitorang pada masa tu. Sejujurnya Sya cakap, pada mulanya penerangan yang diberi memang betul-betul boring. Tak ada satu pun yang masuk kepala. Penerangan yang diberi seolah-olah begitu panjang. Memang tak dapat nak fokus!

                              
Semasa diberi penerangan. Haihhhhh!!!!!! Boring betul!


      Tapi selepas guru yang memberi penerangan tu sebut sahaja perkataan "MEMBUAT GAME", terus terbeliak biji mata. Barulah boleh fokus sepenuhnya. Haihhh.... Tak boleh pakai langsung!

      Kitorang diajar tentang cara-cara untuk membuat game sendiri menggunakan aplikasi " Classtools". Hmph!!! Bila dah dapat main game, terus tak ingat dunia! Jadi, bagi yang nak cuba membuat game sendiri secara percuma, bolehlah pergi ke, "www.classtools.net". Nanti Sya akan beritahu caranya ya! :D

      Okey, sekarang sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan BTP. Huhuhu.... Tidak akan kulupa padamu wahai BTP. Suatu hari nanti, kau akan kucari juga!




Aquaria KLCC
Sya bergambar bersama mak Sya. (mak Sya ialah salah seorang guru yang turut serta).




      Hihi... Anak-beranak bercermin mata. Memang nampak serupa! Ni masa kitorang bergambar di pintu masuk Aquaria. Fuh, belum apa-apa lagi kitorang dah excited. Tu belum masuk lagi tu! Jom kita survey sama-sama! :P

     Masuk-masuk je, dah nampak ikan piranha. Hish, mukanya memang nampak bengis! Gigi pun tajam-tajam belaka. Nak tengok tak?

    
Fuh, siap tabik lagi! :)


      Sorrylah sebab nampak gelap. Kat sana tak dibenarkan menggunakan flash. Yalah, kot-kot ikan tu ada sakit jantung, terkejut tengok cahaya tiba-tiba, mati pulak kat situ. Siapa yang susah? Sya, jugak!

      Yeahhh!!!! Memang best betullah kat sana! Sya dan kawan-kawan sempat jugak ambik gambar dengan bermacam jenis ikan, ada juga yang tidak diketahui namanya. Malas nak ambik tau. Yang penting, kitorang enjoy!


Selfie bersama ummi!
Eh, tangan siapa pulak yang menyemak kat situ?


Di tangga pun boleh ambik gambar!
First time Sya tengok sotong kurita.
Say cheese!!!!


Punyalah membiru! Sampai muka Sya sekali jadi biru.




Kat sini Sya nak sharekan video yang sempat diambil masa kat Aquaria. Jeng jeng jeng!!!



      Amacam? Hehehe... Sebenarnya tulah satu-satunya video yang sempat dirakam sebelum beredar dari Aquaria. Kitorang akan bertolak pula ke Muzium Coklat. Wah, tak sabarnya! Tulah first time Sya berkunjung ke Muzium Coklat. Mestilah banyak benda best yang nak diceritakan kan? Hehehe...



Muzium Coklat
Sorrylah sebab tak dapat ambik gambar dekat-dekat.


      Masa Sya melangkah ke lantai Muzium Coklat, rasa excited yang amat sangat. Yalah, masuk-masuk je dah terbau coklat yang menawan kalbu. Tapi sebelum kitorang 'menyerbu', seorang staf Muzium Coklat memberikan penerangan tentang perjalanan coklat. Rupa-rupanya, negara Afrika ialah pengeluar utama buah koko. Lepas tu, buah koko tu akan dihantar ke negara Eropah untuk diproses. Pada masa tu, koko tak diproses menjadi coklat, tapi dijadikan minuman. Di situlah bermulanya coklat yang menjadi kegilaan seluruh dunia.
      

Semasa diberi penerangan. (bersungguh-sungguh betul nampak gayanya).



      Barulah kitorang boleh 'menyerang' seluruh kawasan muzium. Hish, macam penjajah dunia pulak bunyinya!

Sejenis alat pengisar pada zaman dulu kala.

Fuyyyoooooo!!!!!
Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan! :P

Pergghhhhh!!!! Sedapnya!!!

Takde kerja cari kerja! :P

Peacee yo!

Demonstrasi membuat coklat.


      Sekarang tiba masanya untuk bahagian yang paling top! Kedai menjual coklat dibuka!!!! Yeay!!!! :D






Serbu jangan tak serbu!


      Setelah puas 'menyerang' dan membeli belah, kitorang akan meninggalkan Muzium Coklat yang dicintai. Huhu... Sedihnya!!!


Bank Negara Malaysia

      Ini adalah destinasi yang terakhir. (Fuh, penat Sya menaip). Kali ni Sya akan ringkaskan cerita sahaja ya! Jangan marah!

      Untuk masuk ke galeri kanak-kanak di Bank Negara, kitorang akan masuk melalui terowong. Terowong? Haa... Jangan fikir yang bukan-bukan ya! Ni bukan calang-calang terowong, ni adalah terowong yang dipenuhi dengan duit! Wah, bergambar dengan duit!



Perggghhh!!! Duit dulu kala!



Ini semua aku yang punya!! Hohoho!!



Selfie jangan tak selfie!



Dah nampak macam Hang Tuah. Hehehe...



Hishhh!!! Besarnya duit!!


      


Haa... Duit kasi mari!



Semasa di galeri seni.





      Fuh, habis pun entri ni akhirnya! Lepas berhari-hari menaip dan meng-upload gambar, akhirnya peperangan ni berakhir! Haa... Itulah yang dapat Sya ceritakan dalam entri kali ni. Okey, jumpa lagi di entri yang akan datang! ^_^v





      














      

       




2 comments:

Sila comment kat sini ye! Hehe.....