Takpe-takpe, Sya kan ada! Sya boleh kongsikan tips macam mana nak putihkan gigi. Tu pun kalau korang ada gigi! Jadi sesiapa yang takde gigi tu pergi main jauh-jauh! :P
Tips Memutihkan Gigi Di Rumah
1. Serbuk karbon/arang
Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon tu dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama 2 minit. Lepas tu, basuh betul-betul! Nanti tertelan lak!
2. Strawberi
Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama 5 minit, pastu berus gigi guna ubat gigi biasa. Kumur-kumur macam biasa. Tapi korang jangan pulak buat banyak-banyak! Nanti tooth coating rosak.
3. Kulit lemon/oren
Berus bahagian dalam kulit oren/lemon kat gigi, pastu bilas. Amalkan seminggu dan korang akan lihat perubahan pada warna gigi. Cara ni pun jangan overdo takut-takut kandungan asid oren/lemon beri kesan pada enamel gigi.
4. Kulit pisang
Gosok bahagian dalam kulit pisang dengan lembut pada gigi selama 2 minit. (Sya rasa yang ni paling senang).
5. Minyak zaitun
Cari minyak zaitun yang asli tau! Jangan guna minyak zaitun yang dah proses bau wangi tu. Sebelum berus gigi, titiska sikit pada berus gigi. Pastu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.
6. Baking soda
Guna baking soda tu sikit saja ya! Tak boleh banyak-banyak. Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Tapi jangan pulak korang guna baking soda expired! Tu namanya bunuh diri!
Okey, setakat ni tu jelah yang dapat Sya share kat korang. Tapi hati-hati! Sekarang ni dah banyak produk pemutih gigi yang ada kat pasaran. Kebanyakannya mengandungi asid yang boleh membawa kesan membuang enamel dari gigi, rosakkan gusi dan bahagian mulut yang lain. Nak guna tu boleh tapi hati-hatilah ya! ^_^v
byknyer petua mcm2 ;p
ReplyDeleteSebenarnya byk lg tau! :)
Delete