Eh, eh, eh! KSSR tu apa ekk? Kalau ada yang tak tau, KSSR tu ialah Kokurikulum Standard Sekolah Rendah. Ni bagi yang tak tau lah! Tapi Sya tau, korang semua ni pandai-pandai belaka, Sya tak payah cakap pun. Haa... jadi murid KSSR bukannya senang. Kena study hard and don't give up. Sebab, semua soalan peperiksaannya memerlukan KBAT. KBAT tu apa pulak ekk? KBAT tu ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Segala bentuk soalan peperiksaan dah berubah 100%. Bukan tu je, format kertas UPSR pun dah lain, jadi 6A pulak. Paper BI dah pecah dua. Hadoiii...... pecah dua otak nak belajar tahun depan! T_T
Okey. Jadi, buat kawan-kawan Sya yang akan menduduki UPSR tahun depan, Sya nasihatkan jangan putus asa dan terus berusaha. Cuba bayangkan..... korang dapat 6A pastu korang dengan rasa gembira bagitau parents korang yang korang dapat 6A, pastu diorang peluk korang dengan air mata yang mengalir. Bayangkanlah..... Betapa besar harapan diorang pada kita. Jadi, mulai sekarang kita kena study hard. Buat kawan-kawan dan pembaca di luar sana, tolonglah doakan Sya dan kawan-kawan supaya dapat keputusan 6A. Sya pun akan doakan korang jugak. Ingatlah, segala harapan dan impian akan hancur kalau tak berusaha dari sekarang.
Oh! Sebelum Sya terlupa.......

No comments:
Post a Comment
Sila comment kat sini ye! Hehe.....