>

Sunday, 16 August 2015

Salar De Uyuni, padang garam terbesar di dunia

      Hai! Tadi masa Sya baca buku, Sya terjumpa satu artikel ni. Nampak macam menarik. Sebab tu lah Sya nak cerita ni. Nak tahu tentang apa? Bacalah sendiri penerangan di bawah ini:

      Salar De Uyuni ialah padang garam terbesar di dunia dengan keluasan 10 582 kilometer persegi ( 4086 batu persegi). Ia dianggarkan mengandungi hampir 10 bilion tan garam. Wow!!!

      Padang ini terletak di barat daya Bolivia, berhampiran puncak Andes pada ketinggian 3656 meter di atas paras laut. Dek kerana pemandangan yang sangat menakjubkan, kawasan ini turut digelar sebagai 'sempadan antara bumi dan syurga'. Wah, mesti tempat ni cantik kan?


      Pada asalnya, dataran tinggi Altiplano tidak mempunyai kawasan aliran air, hingga menyebabkan air dari kawasan pergunungan di sekitar terkumpul dam membentuk sebuah tasik yang amat luas. Akibat pancaran matahari yang terik selama ratusan tahun, tasik tersebut bertukar menjadi amat masin dan mengeras menjadi kerak garam, akhirnya menjadi dataran padang garam Salar De Uyuni yang kekal sehingga kini. Hmm... Hebat!

No comments:

Post a Comment

Sila comment kat sini ye! Hehe.....