Ketam Kelapa Memanjat Pokok
Pernahkah anda lihat ketam gergasi memanjat pokok kelapa? Ia merupakan pemandangan biasa jika anda pernah ke Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai. Ketam gergasi ini diberi nama Ketam Kelapa kerana ketam ini selalu memanjat pokok kelapa dan menjatuhkan buahnya ke bawah, sebelum mengupas buah tersebut dengan menggunakan sepitnya yang kuat. Ketam ini juga boleh dijumpai di pulau-pulau di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, serta banyak terdapat di Pulau Krismas.
Jika di Indonesia, ketam ini dikenali sebagai Ketam Kenari dan orang barat lebih gemar menggelar ketam ini sebagai 'Robber Crab'. Ketam ini digelar sedemikian kerana sifatnya pencuri yang memanjat pokok kelapa senyap-senyap pada waktu malam.
Walaupun rupanya agak menakutkan, ketam ini dikatakan mempunyai rasa yang lazat dan lebih berjus berbanding dengan ketam biasa. Harganya pula mampu mencecah sehingga RM300 sekilogram. Wow! Mahalnya!!!
Namun, sukar untuk anda mendapatkan ketam ini di restoran biasa kerana ia merupakan haiwan yang dilindungi.
No comments:
Post a Comment
Sila comment kat sini ye! Hehe.....