>

Sunday, 2 August 2015

Cara Membuat Biskut Oat Coklat

      Hai! Kali ini Sya nak kongsi cara-cara membuat biskut oat coklat yang rangup lagi sedap! Mmmm....sedapnya kalau dapat rasa kan? Kalau nak, buatlah sendiri. Di sini ada cara-cara untuk membuatnya:


Biskut Coklat Oat

Bahan-bahannya:
  • 250g oat
  • 430g tepung gandum
  • 230g gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 200g mentega
  • 80g kismis
  • 500g coklat masakan (untuk salutan)

Cara-cara membuatnya:
  • Campurkan Oat, gula kastor, serbuk koko, kismis dan mentega di dalam mangkuk adunan dan gaul hingga rata.
  • Ayak tepung. Masukkan tepung masukkan tepung ke dalam adunan oat sedikit demi sedikit, sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tidak semestinya digunakan semuanya. Uli doh sehingga boleh dicanai dan dipotong.
  • Canai setebal 1 cm dan terap menggunakan acuan berbentuk hati atau mengikut kesesuaian.
  • Bakar pada suhu 170 C selama 15-20 minit menggunakan api atas dan bawah. Ia tidak perlu dibakar sehingga garing kerana setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
  • Sejukkan kepingan oat diatas rak dawai dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan hingga tersalut sepenuhnya. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.
            Tip:
  • Anda boleh menukar kismis kepada kacang yang anda minati.
  • Coklat juga boleh ditambah dengan sedikit perisa strawberi jika anda mahu.

Khasiatnya:
  • Oat sangat baik untuk kesihatan jantung dan boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita.
  • Resipi ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan kismis yang mempunyai vitamin dan baik untuk kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment

Sila comment kat sini ye! Hehe.....