Yeay!!!!! Sya berjaya! Sya berjaya memenangi pertandingan sajak tu! Cuba teka, Sya dapat nombor berapa? Ya, Sya dapat nombor 1! Sebenarnya Sya ada juga menang dalam pertandingan lain. Sya menang pertandingan sajak tadi, melukis logo, melukis bendera dan kuiz kemerdekaan. Sajak Sya johan, melukis logo johan, melukis bendera pun johan. Cuma kuiz kemerdekaan je yang Sya dapat nombor 3. :(
Acara yang mula-mula sekali adalah senamrobik. Fuh, memang mencabar! Pergerakannya rumit dan memeningkan! Masa tu, habis berterabur semua pergerakan.Masa tu juga kitorang ketawa. Haha... Apapun, kitorang tetap seronok! :D
Acara yang kedua adalah pertandingan mendeklamasikan sajak. Mula-mula, Sya dengan peserta-peserta lain kena cabut undi dulu. Masa Sya nak ambik undi, rasanya macam nak tercabut lutut. Akhirnya, Sya mendapat giliran yang kelima. Nasib baik!
Bila tiba giliran Sya, gementarnya hanya Allah yang tau. Tapi, alhamdulillah Sya dapat deklamasikan sajak dengan baik. Bila dah turun dari pentas, segala rasa cemas dan gementar beransur-ansur hilang. Rasanya macam baru terlepas dari hukuman gantung!
Acara yang ketiga, adalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton tetapi perkara yang paling digeruni oleh para peserta. Acara itu ialah.....Pertandingan pakaian beragam!
Sya kata ia ditakuti sebab nanti semua peserta kena catwalk kat atas pentas! Oh tidak! Tapi Sya rasa Sya tak perlu cerita banyak-banyak sebab Sya tak menang dalam pertandingan tu. :(
Itulah antara pengalaman pahit dan manis semasa program itu berlangsung. Whatever, itulah hari yang paling seronok Sya pernah rasa!
No comments:
Post a Comment
Sila comment kat sini ye! Hehe.....