>

Friday, 11 September 2015

Sajak "Luahan Hati Anak Merdeka"

      Memandangkan Rabu depan hari 1 Malaysia, Sya nak deklimasikan sajak untuk korang semua. Best atau tak, sajak di bawah ni Sya yang buat sendiri tau! Jadi korang kena dengar jugak! Hehe...




Luahan Hati Anak Merdeka


Di bumi merdeka ini
Kita dilahirkan
Dalam pelbagai acuan bangsa
Dengan pelbagai ragam budaya
Menyusuri liku-liku kehidupan.



Hari ini...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaungkan sekuat hati
Dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa setitis pun air mata.



Lihat jernihnya pagi ini
Burung terbang bebas di udara
Bayu bertiup, lembut dan nyaman
Dan pepohon hijau menari daunnya.



58 tahun dahulu...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata kegembiraan mengalir
Menitis ke tanah seakan memberi sinar dan harapan
Kepada agama, bangsa dan negara.


Kini 58 tahun berlalu...
Segala harapan dan impian 58 tahun dahulu telah tercapai
Ku bangga melihat kejayaan ini
Tapi di sebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara untuk mecapai kemerdekaan?
Keperitan?
Kesakitan?
Mereka tidak akan mengerti
Mereka telahpun lupa...



Tetapi...
Ianya usah dibiarkan
Malaysia ialah sebuah negara yang merdeka
Negara yang makmur
Negara yang harmoni
Juga negara yang bebas dari penjajah.



Jadi...
Kita perlu bersama-sama
Untuk mempertahankan negara
Demi generasi masa hadapan
Juga demi negara tercinta.

No comments:

Post a Comment

Sila comment kat sini ye! Hehe.....